Berita Dunia Islam Terdepan

Karakteristik Lelaki Shaleh: Sesosok lelaki shaleh

Cover buku "Karakteristik Lelaki Shalih"
30

(Arrahmah.com) – Lelaki Shaleh dapat didefinisikan sebagai seorang lelaki muslim yang beriman (mukmin), bersih dari segi zahir dan batinnya, mengambil makanan yang bersih dan halal (bukan dari sumber yang haram) serta sentiasa berusaha menjauhkan dirinya dari perkara perkara yang akan mendorong ke arah maksiat dan menariknya ke jurang neraka yang amat dalam.

Dalam buku “Karakteristik Lelaki Shalih” karangan Ustadz Abu Muhammad Jibriel ini juga menjelaskan bahwa Lelaki Shaleh juga ialah seorang lelaki yang senantiasa taat kepada Allah subhanahu wa ta’ala dan Rasul-Nya walau dimana saja dan kapan saja mereka berada.

Keshalehan dan keimanan seseorang tidak dapat dilihat dan diukur dari segi lahiriah semata, kerana ianya adalah berkaitan dengan masalah aqidah dan keyakinan, kepada siapa dia menyerahkan keyakinan dan ketaatan dan sebaliknya (al Wala’ wal Bara’). Tauhid merupakan dasar tertinggi dalam kehidupan yang harus sentiasa dipelihara kerana apabila tauhid tidak betul dan sempurna, maka seluruh amalan yang dilakukan adalah sia-sia saja.

Jika telah jelas kepada siapa kita memberikan perwalian dan terhadap pihak mana kita menolaknya, barulah Tauhid akan menjadi kenyataan dalam jiwa seseorang. Jelaslah bahwa keshalehan seseorang lelaki itu tidak dapat dinilai dari segi lahiriah semata. Ianya adalah lebih jauh dan mendalam dari itu semua.

Antara hal-hal yang harus dilihat dan dikaji pada setiap individu muslim ialah perkara-perkara yang bersangkutan dengan keyakinan, tujuan dan pandangan hidup serta cita-cita dan jalan hidup seseorang itu.

Kriteria-kriteria Lelaki Shaleh seperti yang dimaksudkan oleh Al Qur’an dan Al Hadits

  1. Sentiasa taat kepada Allah subhanahu wa ta’ala dan Rasullulah shallalahu ‘alaihi wasallam.
  2. Jihad Fisabilillah adalah tujuan dan program hidupnya.
  3. Mati syahid adalah cita-cita hidup yang tertinggi.
  4. Sabar dalam menghadapi ujian dan cobaan dari Allah subhanahu wa ta’ala.
  5. Ikhlas dalam beramal.
  6. Kampung akhirat menjadi tujuan utama hidupnya.
  7. Sangat takut kepada ujian Allah subhanahu wa ta’ala dan ancamannya.
  8. Selalu memohon ampun atas segala dosa-dosanya.
  9. Zuhud dengan dunia tetapi tidak meninggalkannya.
  10. Shalat malam menjadi kebiasaannya.
  11. Tawakal penuh kepada Allah taala dan tidak mengeluh kecuali kepada Allah subhanahu wa ta’ala.
  12. Selalu berinfaq baik dalam keadaan lapang mahupun sempit.
  13. Menerapkan nilai kasih sayang sesama mukmin dan ukhwah diantara mereka.
  14. Sangat kuat amar maaruf dan nahi mungkarnya.
  15. Sangat kuat memegang amanah, janji dan kerahsiaan.
  16. Pemaaf dan lapang dada dalam menghadapi kebodohan manusia, sentiasa saling menasihati sesama ikhwan dan tawadhu’ (rendah hari) penuh kepada Allah subhanahu wa ta’ala.
  17. Berkasih sayang dan penuh pengertian kepada keluarga.

Selain dari ciri-ciri diatas, orang orang yang shaleh juga merupakan insan-insan yang senantiasa mendapat ujian dan cobaan daripada Allah subhanahu wa ta’ala setelah para nabi-nabi dan orang-orang yang mulia.

Mereka menghadapi segala ujian tersebut dengan hati yang tabah dan tetap teguh dalam keimanan serta pendirian. Mereka tidak mudah menyerah kalah dari keganasan dan tekanan musuh.

Tugas-tugas dan kewajiban Lelaki Shaleh

  1. Mencari nafkah (belanja hidup).
  2. Berjihad Fisabilillah.
  3. Melindungi dan membela kaum yang lemah dan tertindas.
  4. Memimpin, mendidik dan berlaku adil terhadap isteri.

1. Mencari Nafkah

Tugas mencari nafkah dibebankan kepada kaum Lelaki kerana kelebihan dalam penciptaannya yang berupa kekuatan fisik dan akal fikirannya. Oleh itu Lelaki mampu untuk bekerja keras untuk mencari nafkah, memberi perlindungan dan pertahanan maru’ah kehidupannya terutama kepada keluarga, agama, bangsa dan agamanya. Inilah sebabnya lelaki diangkat menjadi pemimpin bagi kaum wanita.

Oleh itu, seorang lelaki muslim, lelaki dan suami yang shaleh, tidak akan melalaikan tugas ini. Ia wajib bekerja menurut apa saja kemampuannya. Dalam melaksanakan tugas ini, dia haruslah membetulkan niatnya iaitu ikhlas untuk mencari keridhaan Allah subhanahu wa ta’ala. Dia tidak akan merasa malu untuk melakukannya bahkan dia gembira dan berbangga terhadap pekerjaannya lebih-lebih lagi perkara yang halal.

Lelaki shaleh tidak akan lupa untuk mengingati hari akhirat tetapi menjadikannya sebagai tujuan yang utama, dia bekerja didunia untuk mencari keuntungan di akhirat, bukan mengejar keduniaan semata-mata. Dengan cara ini, usahanya akan sentiasa berhasil dan berjaya didunia dan akhirat. Seperti kata ulama Salaf yang bermaksud;

“Wahai anak Adam! Juallah duniamu dengan akhirat, maka engkau akan UNTUNG semuanya, tetapi jangan engkau jual akhirat dengan dunia, maka engkau akan RUGI semuanya.”

“Bagi orang orang yang telah mengerjakan kewajiban agamanya dengan baik, kemudian terasa penat dan letih pada malamnya, sehingga tidak dapat mengerjakan amalan amalan sunnah, maka Allah dan RasulNya memberikan jaminan dengan ampunan sepanjang malam yang dilaluinya dengan tidur yang nyenyak”.

Inilah antara ganjaran yang akan dikurniakan kepada lelaki shaleh yang mencari nafkah dengan bersungguh-sungguh. Terdapat dua cara orang berusaha mencari nafkah seperti yang dianjurkan oleh Islam.

Pertama: Hendaklah ia tidak melalaikan tugasnya terhadap Allah subhanahu wa ta’ala dan janganlah ia meninggalkan nilai-nilai yang luhur.

Kedua: Hendaklah dilakukan dengan cara yang halal, bersih dan tidak membawa apa-apa kemudaratan kepada orang lain dan tidak pula bertentangan dengan peraturan-peraturan umum.

Antara cara-cara pencarian harta yang diharamkan oleh Islam ialah:

  1. Riba,
  2. Penimbunan barang-barang yang menjadi hajat orang ramai,
  3. Perjudian dan perdagangan minuman keras,
  4. Berlaku penipuan dalam penimbangan dan penukaran barang,
  5. Mencuri,
  6. Memakan harta orang lain dengan cara yang bathil seperti yang diterangkan dalam surah An Nisa 4, ayat 29.

2. Berjihad Fisabilillah

Jihad merupakan amal yang paling utama dan puncak ketinggian Islam. Tidak ada satu pun amalan shaleh yang dapat menandingi Jihad. Orang shaleh tidak sedikit pun merasa gentar dan takut apabila berjuang menegakkan agama Allah sebaliknya sentiasa tersenyum bangga menjadi seorang Pegawai Allah dengan gelaran paling indah iaitu Mujahidin.

3. Melindungi dan Membela Kaum Yang Lemah dan Tertindas

Akhir-akhir ini golongan kafir senantiasa mencari peluang untuk menindas dan menakluki negara-negara serta umat-umat Islam. Orang-orang yang shaleh haruslah peka dan bersedia untuk bertindak balas agar umat-umat Islam tidak akan ditindas dengan sewenang-wenangnya oleh golongan tersebut.

“Wahai lelaki shaleh…! tugas dan tanggungjawabmu bukanlah ringan, bayangkan langit dan gunung tidak mampu membawanya. Kamu sajalah yang akan tampil dan mampu menyelesaikan persoalan besar ini. Orang orang yang lemah dan sedang tertindas sentiasa menanti kehadiranmu. Mereka berdoa agar kamu segera tiba untuk menjadi pembela dan penolong bagi mereka.”

Inilah laungan yang senantiasa terdengar dari golongan-golongan yang tertindas dan mengharapkan bantuan. Oleh itu lelaki yang shaleh haruslah memainkan peranannya sebagai pembela agama baik secara langsung ataupun tidak langsung demi untuk membela agama Islam.

4. Memimpin dan Mendidik Anak

  1. Mengajar dan membimbing dengan cara yang baik sehingga isteri-isteri yang tidak shalehah menyedari akan kesalahannya dan menukar cara hidupnya menjadi isteri shalehah.
  2. Menangani isteri dengan bijaksana sehingga dia menyadari hakikat yang sebenarnya dan bersedia mengubahnya.

Demikianlah cara-cara yang telah digariskan oleh Islam untuk mengatasi masalah ketidaksesuaian suami isteri dalam kehidupan rumah-tangga dalam menghadapi kesulitan, lelaki shaleh tidak akan cepat melatah dan bertindak menurut nafsu dan perasaan semata-mata tanpa memperhatikan perasaan orang lain. Lelaki shaleh akan bertindak dengan cara yang lebih efisien dan bijaksana dan senantiasa memohon petunjuk dari Allah subhanahu wa ta’ala.

Berlaku baik terhadap isteri, suami yang shaleh akan sentiasa menjaga kebajikan keluarganya terutama isterinya. Ia senantiasa menjaga hati dan perasaan pasangannya dan sentiasa menggembirakan isterinya. Dia juga akan bertanggungjawab dalam mengurus urusan rumahtangga, dan bekerjasama dengan isterinya.

Rasulullah shallalahu ‘alaihi wasallam bersabda:

Orang yang terbaik diantara kamu adalah orang yang terbaik terhadap isterinya, dan aku adalah orang yang terbaik diantara kamu terhadap isteriku.” (HR Ibnu Majah)

Wallahu’alam…

* Baca selengkapnya dalam Buku Karakteristik Lelaki Shalih

—————————-
Pemesanan Buku Karakteristik Lelaki Shalih

Tebal buku 608 halaman –Hard Cover– [Terbatas]
Harga: Rp. 70.000.-

SMS: +62 878 8825 1818
—————————-

(Ukasyah/arrahmah.com)

Baca artikel lainnya...