Berita Dunia Islam Terdepan

Mujahidin Taliban Tolak Rundingan Damai Selagi AS, NATO Masih di Afghan

0 1

KANDAHAR – Mujahidin Taliban kemarin (30/9/2007) menegaskan bahawa mereka sama sekali tidak akan berunding dengan pihak berkuasa Afghanistan.

Mereka tidak akan berunding selagi tentera Amerika Serikat (AS) dan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) masih menduduki negara ini.

Pendirian Taliban itu disuarakan oleh seorang jurubicaranya setelah Presiden Hamid Karzai menyatakan kesediaan untuk mengadakan rundingan damai dengan mereka.

Hamid berkata, beliau sendiri bersedia menemui pemimpin Taliban, Mullah Omar dan memberi anggota pergerakan itu jabatan dalam pemerintahan sebagai insentif perdamaian.

Bagaimanapun, jurucakap Taliban, Qari Yousef Ahmadi mengulang pendirian yang diumumkannya awal bulan ini bahawa tidak mungkin akan ada rundingan sedikit pun sehingga tentara AS dan NATO hengkang dari negara ini.

“Taliban sama sekali tidak akan berunding dengan pemerintah Afghanistan dengan kehadiran tentera asing di sini.”

“Sekalipun jika Hamid melepaskan jabatan Presiden, tidak mungkin Mullah Omar menyetujui rundingan seperti itu.”

“Tentera asing tidak punya hak untuk berbicara mengenai Afghanistan,” tegas Yousef lagi.

Hamid membuat tawaran damai itu ketika mujahidin Taliban semakin gencar melakukan serangan-serangan.

Sebanyak 30 orang, kebanyakannya tentara pemerintah, terbunuh dalam serangan istisyhad ke atas sebuah bis tentera di sini, Sabtu (29/9/2007).

Baca artikel lainnya...